Punca Obesiti






Punca Obesiti

Mengapa Negara Kita Ramai Orang Gemuk?
1.Pemakanan Yang Tidak Sihat

Obesiti di Malaysia semestinya di kaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti Roti Canai,Teh Tarik dan Nasi Lemak.Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita

2.Cara Hidup Yang Tidak Cergas

Rata rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking,walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbadanding keluar.Oleh itu wujudla masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini.Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu di kedai mamak.

3.Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu

Menurut pakar pemakanan,mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyerbabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih,dan lebih bertenaga.Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam.Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.

4.Persekitaran Tidak Sihat

Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan.Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai reastoren di sekitar ibu kota dan makanan yang di jual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat.Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat mememakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ade segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiaat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi